Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

Hidup lah Anak Melayu

Cuba renungkan hari ke hari malapetaka di sana sini, bencana datang dan juga pergi tapi pastikan kembali lagi. Kita masih di awang awangan berkhayal dengan kemewahan, hasil usaha peninggalan mereka yang telah kita lupakan. Entah apa yang akan terjadi bila bencana melanda nanti, tiada siapa yang peduli dalam hidup kita hari ini. Jangan nanti di suatu hari menyalahkan sesama sendiri, bila merdeka tiada erti sesalan tiada berguna lagi. Jangan mudah engkau berkata dunia hanya sementara, untuk kau mundur dan leka buat selama-lamanya. Jangan nanti di suatu hari menyesali apa yang terjadi kerana engkau masih bermimipi di siang hari. Bangun dari tidur! Bangun orang timur!