Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

16hb September 1964


Selamat Hari Jadi yang ke-48, Abah.

Ketika usia mu 28tahun, kau telah bernikah dengan ibu ku. Kau mencipta mahligai yang terindah seperti kota babylon. Kehadiran aku setahun selepas itu menyinari kebahagian cik jiman dan cik limah.
Dari kecil aku mendapat didikan dari seorang anggota polis marin dan askar wataniah dengan penuh disiplin.
Ketika itu aku mempersoalkan kenapa begitu tegas sikap mu,
ternyata persoalan itu telah dijawab ketika aku berusia 20tahun.
Setiap kurdrat mu dikerah, aku fahami dari lenggok badan ketika pulang dari kerja.
Kasihan aku melihat abah keluar ronda kapal menjaga perairan lautan hanya kerana komitmennya kepada kerajaan demi mencari rezeki yang halal buat kami sekeluarga.
Hari datang dan juga pergi, kadang kala abah kesempitan wang.
Tanpa segan silu aku pecahkan tabung, lalu aku hulurkan kepada abah sebagai bantuan.
Aku sayang abah lebih dari sayang ibu tapi aku tahu syurga ditelapak kaki ibu.
Dulu abah kerap smackdown aku dengan adik kerana kenakalan kami berdua dan hari ini, kami bagaikan geng mafia yang kerap benar duduk satu meja bincangkan hal dunia sambil gelak ketawa.
Abah cakap kalau aku dah kerja nanti, tolong belikan dia satu kerete Toyota Caldina sebab Turbo power.
Mula-mula fikir memang gila tapi tak ada apa yang segila kepalanya.
Ketika itu, aku mula berfantasi untuk merompak bank dan curi kereta.
Hah lagi hebat gila aku dari abah hahahahahaha!

Ucapan abang untuk abah:
Terima kasih menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab walaupun kadang-kadang tersasar kerna itu adalah lumrah manusia yang tidak pernah sempurna.
Dari benda kecil sampai ke besar, abah sempurnakan hajat kami sekeluarga. Terima kasih banyak-banyak.
Dah minta maaf sebab abang tak dapat nak cari calon isteri orang negeri sembilan hahahahahahahahahahahaha!

*Shit! Dah hidup 20tahun pun still tak ada gambar aku berdua dengan abah,
 tu la asyik gambar diri sendiri je.