Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

Gelanggang Maksiat

'Aku' sebagai pengganti nama kepada empunya badan bertujuan menjaga nama baiknya. Beliau ingin menjadikan ceritanya ini sebagai teladan kepada manusia yang lain agar tidak jadi sepertinya.

"Pada tanggal 12, aku telah memasuki alam pekerjaan yang cukup mencabar bagi aku. Setelah tamat sebagai graduan berpangkatkan sijil diploma, aku tak lengahkan masa untuk mencari pekerjaan kerana sekarang terlalu sukar untuk mencari kerja yang hanya ada diploma sahaja. Berbekalkan pengalaman ketika aku praktikal dahulu, aku cekal menyelami dunia mekanikal yang sebenarnya. Pada mulanya aku berasa janggal bergaul dengan orang yang lebih tua dan berpengetahuan luas serta pengalaman kerja yang hebat, lama-kelamaan aku semakin rancak berbual dengan mereka. Dari sekecil batu hingga sebesar batu belah batu bertangkuk, aku diajar dan dilatih dengan kepelbagaian ilmu duniawi". 

"Aku semakin gila membuat itu dan ini sehingga aku diajak ke kancah maksiat yang tak pernah aku duga. Permulaan yang takut aku lalui dengan sentuhan bukan mahram hingga akhirnya aku digelar 'Raja Ranjang' membuatkan aku menjadi perbualaan mulut ke mulut rakan-rakan sekerja ku. Memang pada mulanya aku agak malu tapi aku buat endah tak endah sahaja hingga aku lali dengan percakapan orang sekeliling. Hari semakin berlalu, aku rakus dengan seks sehinggakan aku mahukan seks setiap hari. Kerja gila namanya ni".

"Kegiatan aku ini tidak bertahan lama kerana kerap mengeluarkan duit untuk membayar pelacur. Aku semakin buntu dan juga dahagakan seks. Kerja aku entah kemana, batin menangung seksa. Dalam kekusutan aku itu, rakan ketawa dan susah senang aku datang membantu. Gembira juga rasanya ada kawan macam ni. Rakan ku itu memberitahu dia boleh membantu masalah aku ini dengan syarat aku kene kuatkan semangat dan kuat dalam semua jenis halangan. Dia menyuruh aku jadi bapa ayam ditempat dia menjaja pelacurnya. Katanya, dia mahu pergi menunaikan haji. Cilaka, umur dah setengah abad bergelumang dengan dosa masih ada hati lagi nak pergi buat pahala. Ah lantak dia la, janji masalah aku selesai".

"Sekitar kawasan Ibu Kota, aku dikenali sebagai 'The father of chicken' ataupun singkatannya 'FC' dengan kegiatan memperdagangkan manusia. Pada sebelah siangnya, aku bekerja sebagai juruteknik di kilang besar dan dimalam hari aku menjadi 'Raja' dengan mengaut keuntungan hasil bisnes lorong gelap. Dari kawan di tempat kerja, aku menambahkan lagi kenalan dengan gangster-gangster dan VIP untuk memperluaskan bisnes aku agar tidak diganggu pihak berkuasa. Aku semakin meningkat naik dan terus menaik lagi sehingga aku membuka bisnes di luar negara. Hebat betul anak jati Malaysia ni".

"Tupai meloncat turun ketanah juga untuk mencari kauci yang terjatuh, begitulah juga dengan nasib aku. Bisnes aku jatuh mendadak tanpa disedari sehingga aku jatuh sakit. Dimana punca kejatuhan dan kesakitan yang aku alami ini pun aku tak tahu dari mana munculnya. Mungkin sudah tiba Tuhan mengajar aku tentang kelekaan aku dengan dunia sehingga melupakan akhirat. Dari beribu kenalan aku, satu persatu tidak pedulikan tentang nasib aku sekarang ni. Terpacak la satu makluk Tuhan ni didepan aku, lalu beliau menghulur tangan ke arah ku. Aku menyambut baik dan bangun dari tempat busuk. Hamba Tuhan nie menghantar aku masuk ke rumah kebajikan. Di sini aku membuat bisnes dengan Tuhan agar mengampuni segala dosa yang pernah aku lakukan dimuka bumi ini. Hampir setiap kali beribat, aku menangis teresak-esak mengenangkan kehebatan usia muda aku yang gelap. Kalau boleh diputarkan masa ke lalu, aku ingin menjadi seorang Islam yang teguh iman nya".

"Kini aku hanya menunggu saat dipanggil dan disoal siasat di dalam kubur tentang aktviti ku di dunia. Aku telah bersedia untuk itu dan aku juga bersyukur kerana Tuhan masih sayangkan aku. Dia mahukan aku kembali ke pangkal jalan, sebab itu Dia menduga aku. Aku terima seadanya".

Setelah menyiapkan artikel ini, penulis dikejutkan dengan berita kematian 'Aku'. 31hb Ogos menjadi tanda kepada 'Aku' dan pergi menghadap Illahi.