Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

Teenagers Stand Up!

Kelantan Most Wanted Yaww!

Skuad Kereta Kebal

Geng Black Maria (Mafia)

Sejurus tiba dilokasi pembunuhan.

Zia taik!

Teko Jin Tahun 2013

Aku tak ada dalam ini gambar

*krik krik

Kelaparan menjadi motif pembunuhan

Steamboat Food, bukan Steam Boat

Sesi pecah tabung, nak bayar makan

Study group tidak mengira tempat

Kami lah pelanggan terakhir, power power

Sebenarnya aku marah orang main tolak tolak ni

Kau tengok, memang dah tutup dah ni

Fast And Furious DKM6B at Kuala Perlis

Dah pencen dah ni

Hitam sama, Kuasa Kuda berbeza

Mitsubishi sangatttt

Bilik orang bujang, biasa la bersepah

Atan, Top Modelling Car 2013

To my boys in class, who hard and struggling 

Legend! Japanese

Isu global dibicara, Anak muda warisan bangsa

Bukan gosip, ini walkie talkie grouping

Ketinggian bukan ukuran, kepanjangan menjadi bahan.
\

All the crazy shit we did tonight, those will be the best memories.
We just wanna let it go for the night, that would be the best therapy for we all.
It's getting late but we don't mind

Sandiwara Lelaki


Andai boleh ku terbang, ke awan luas terbentang,
Kan ku kumpulkan semua bintang, menemani ku terangi malam ku.
Andai ku seorang raja, ku bina sebuah istana,
Yang didalamnya mengalir sungai, tenang dan damai seperti syurga.
Hadir ku hanya kedalam dunia, membawa berita gembira,
Apalah maknanya andai hanya berkata, tiada gunanya jika tiada usaha.
Andai ku penglipur lara, ku karang puisi cinta,
Kan ku lagukan dan ku dendangkan, buat penawar duka nestapa.
Andai semua manusia, hidup aman sentosa,
Tiada sengketa sesama kita, pasti dunia damai sentiasa.

Aku lelaki serius.


Aku suka bila kau ketawa, kau buat aku senyum ke telinga.
Aku suka bila kau tersipu, merah muka hendak sembunyi malu.
Aku disini dengan kamu, kalau boleh biar selalu, 
Kerna kau kini ada dalam hatiku, hanya kau dan aku, sentiasa.

Pedulikan apa orang kata, kita berdua sama saja,
Hanya ingin cari bahagia, aku jumpa waktu kita bersama.
Buangkan tisu basah airmata, pimpin tanganku untuk selamanya,
Jangan biarkan hati kamu resah, kasih aku temu percayalah.

Hanya kau dan aku, sentiasa, pedulikan apa orang kata,
Kau dalam diri ku selalu, engkaulah yang aku mahu.
Hanya ingin bersamamu.



Gugurnya status pelajar Diploma

2hb Mei 2013, Menjadi saksi kepada keagungan dan keangkuhan kami selaku pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah. Dengan bangga membawa kursus Diploma Mekanikal Am, Kami menamatkan pembelajaran dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah.
Ziq, Jering, Lau, Senget, Mizi, Ijat, Rub3n, Zaki, Hariz, Mamu, Paeh, Mek, Zia, Padil, Pojie, Amir, Sabun, Ude, Amin, TokWan, Adam, Os, Eqwe, Paan, Nijon.


Bersama Penasihat Akademik yang tersangat Legend!

Baju kelas RM65, pakai masa last exam.

Yang tiada dalam gambar: Atan, Wak, Napi, Bella, WanYan, Vishnu, Alep, 
Yang berkubur awal: Botak, Arul, Epy, Drogba, Mupe, Bob, Pamie, AmirulHafiz, Zulizwan a.k.a OrangTua, 

Berlari

Jalannya seperti biasa, lenggang lenggong, bontot berayun, tanggan berkepit.
Tak ubah lagaknya seperti ketua gangster melawat kawasan anak buah.

Kurang dari 30saat berlalu, semua jadi kelam kabut.
Gelisah, takut, cuak, semuanya bercampur aduk.

Harapan berlalu pergi, lalu betul betul didepan mata.
Tergamam, sendiri berdiri kaku.

Tuhan maha bijaksana, mencipta otak untuk manusia.
Otak mula beroperasi, menghantar maklumat ke serata anggota badan.

Aku tak mahu Harapan berlalu pergi, aku mesti halang ataupun mengejar.
Aku kerahkan segala daya dan kudrat badan.

Aku berlari, lari dan lari menuju ke Harapan.
Hampir tergelincir dan tergolek ketika berlari tadi.




National Geographic

Did you get a message from this photo?
Animal also creatures of God, their have a right to live on earth.
Endangered species, we preserve them.
And existing species, we enlarge its habitat.

sarung kaki

'Aku cium, aku pakai, aku basuh'
Aku akan ulang balik rutin itu,
'Aku cium, aku pakai, aku basuh'
Aku akan ulang, ulang dan ulang rutin itu sampai la ia lusuh dan koyak.
Jikalau ia sudah koyak atau tidak boleh dipakai lagi, aku akan simpan ia digerobok ku.
Aku tidak akan sesekali buang, kerna ia ada ceritanya tersendiri.

melencong, melancong dan keroncong

Family trip ke Cameron Highland. Mengambil kesempatan sempena cuti raya cina untuk berjalan-jalan. Orang nye punya la ramai, macam semut jumpa gula. Kereta bersepah-sepah. Jalan jammed nye.
Rasa best gila bila ada dipuncak bukit, sejuk dan nyaman je.
Yang tak best nye, tak dapat pergi ke semua tempat yang menarik. 
Bercuti dengan orang tua, biasa la kan.
Aku dah mark tempat nie sebagai tempat nak dating dengan awek nanti hihihi

dipadam titik noktah

Masa telah pergi, begitu juga dengan hari, tak lupa jugak dengan bulan, dan jangan sesekali tinggalkan tahun. Sekejap telah berlalu, banyak pengalaman dan pengajaran dapat ditimba.
Bagi aku, kalau mahukan perubahan, bukan sekadar dimulut sahaja,
 bahkan berusaha lah sehingga berjaya. 
Semoga segala impian, harapan dan cita-cita di 2013 ini tercapai hendaknya, amin.

16hb September 1964


Selamat Hari Jadi yang ke-48, Abah.

Ketika usia mu 28tahun, kau telah bernikah dengan ibu ku. Kau mencipta mahligai yang terindah seperti kota babylon. Kehadiran aku setahun selepas itu menyinari kebahagian cik jiman dan cik limah.
Dari kecil aku mendapat didikan dari seorang anggota polis marin dan askar wataniah dengan penuh disiplin.
Ketika itu aku mempersoalkan kenapa begitu tegas sikap mu,
ternyata persoalan itu telah dijawab ketika aku berusia 20tahun.
Setiap kurdrat mu dikerah, aku fahami dari lenggok badan ketika pulang dari kerja.
Kasihan aku melihat abah keluar ronda kapal menjaga perairan lautan hanya kerana komitmennya kepada kerajaan demi mencari rezeki yang halal buat kami sekeluarga.
Hari datang dan juga pergi, kadang kala abah kesempitan wang.
Tanpa segan silu aku pecahkan tabung, lalu aku hulurkan kepada abah sebagai bantuan.
Aku sayang abah lebih dari sayang ibu tapi aku tahu syurga ditelapak kaki ibu.
Dulu abah kerap smackdown aku dengan adik kerana kenakalan kami berdua dan hari ini, kami bagaikan geng mafia yang kerap benar duduk satu meja bincangkan hal dunia sambil gelak ketawa.
Abah cakap kalau aku dah kerja nanti, tolong belikan dia satu kerete Toyota Caldina sebab Turbo power.
Mula-mula fikir memang gila tapi tak ada apa yang segila kepalanya.
Ketika itu, aku mula berfantasi untuk merompak bank dan curi kereta.
Hah lagi hebat gila aku dari abah hahahahahaha!

Ucapan abang untuk abah:
Terima kasih menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab walaupun kadang-kadang tersasar kerna itu adalah lumrah manusia yang tidak pernah sempurna.
Dari benda kecil sampai ke besar, abah sempurnakan hajat kami sekeluarga. Terima kasih banyak-banyak.
Dah minta maaf sebab abang tak dapat nak cari calon isteri orang negeri sembilan hahahahahahahahahahahaha!

*Shit! Dah hidup 20tahun pun still tak ada gambar aku berdua dengan abah,
 tu la asyik gambar diri sendiri je.