Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

Aku lelaki serius.


Aku suka bila kau ketawa, kau buat aku senyum ke telinga.
Aku suka bila kau tersipu, merah muka hendak sembunyi malu.
Aku disini dengan kamu, kalau boleh biar selalu, 
Kerna kau kini ada dalam hatiku, hanya kau dan aku, sentiasa.

Pedulikan apa orang kata, kita berdua sama saja,
Hanya ingin cari bahagia, aku jumpa waktu kita bersama.
Buangkan tisu basah airmata, pimpin tanganku untuk selamanya,
Jangan biarkan hati kamu resah, kasih aku temu percayalah.

Hanya kau dan aku, sentiasa, pedulikan apa orang kata,
Kau dalam diri ku selalu, engkaulah yang aku mahu.
Hanya ingin bersamamu.