Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

Berlari

Jalannya seperti biasa, lenggang lenggong, bontot berayun, tanggan berkepit.
Tak ubah lagaknya seperti ketua gangster melawat kawasan anak buah.

Kurang dari 30saat berlalu, semua jadi kelam kabut.
Gelisah, takut, cuak, semuanya bercampur aduk.

Harapan berlalu pergi, lalu betul betul didepan mata.
Tergamam, sendiri berdiri kaku.

Tuhan maha bijaksana, mencipta otak untuk manusia.
Otak mula beroperasi, menghantar maklumat ke serata anggota badan.

Aku tak mahu Harapan berlalu pergi, aku mesti halang ataupun mengejar.
Aku kerahkan segala daya dan kudrat badan.

Aku berlari, lari dan lari menuju ke Harapan.
Hampir tergelincir dan tergolek ketika berlari tadi.