Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

5 Hari

5 hari, Aku tinggalkan solat fardhu 5 waktu.
5 hari, Aku tidur tanpa bantal yang empuk.
5 hari, Aku bangun lewat kerana abaikan bunyi penggera.
5 hari, Aku bekerja seperti buruh kasar.
5 hari, Aku mengenali erti peritnya jadi pekerja bawahan.
5 hari, Aku dibuli buat kerja itu kerja ini.
5 hari, Aku disuruh bekerja pantas.
5 hari, Aku makan dan minum percuma.
5 hari, Aku terkedup dalam kilang yang kecil.
5 hari, Aku jauh dari internet dan komputer riba.
5 hari, Aku bersuai kenal dengan staff syarikat.
5 hari, Aku mula benci bekerja tanpa had masa.
5 hari, Aku dipaksa melakukan kerja lebih masa dan hari.
5 hari, Aku jadi pengarang buku fiksyen dalam catatan buku log.
5 hari, Aku menjuarai pertandingan menyanyi dalam bilik mandi.
5 hari, Aku habiskan satu kotak rokok marllboro,
Dan hari yang ke-6, Aku seperti burung merpati
terbang bebas tanpa tujuan.

*Hari ke-7, Aku kembali kepada Sang Pencipta