Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

Dunia bergegar lagi

Skill yang selalu buat aku kalah setiap kali bermain Bowling
*click pada gambar untuk animasi gerak gerak.

Sekali terhentak bola nya, bagaikan rumah papan yang usang rebah ke bumi melalui sistem pemakanan terancang oleh anai-anai. Bola bergolek dari perut raksasa besi, terus menuju ke garisan merah(berhenti). Kasut yang diberi umpama ayam tak berkaki, busuknya tak terkata. Dikatakan pula stoking lupa di bawa, sudah disuruh pula membeli nya. Alangkah terkejut nya, dapat stoking benang Sutera yang di Import dari India. Alahai duit lagi, parak parak.
Jangan kata ia mustahil tanpa sebarang usaha. Sekarang, kau pilih bola yang bersesuaian. Berada di atas titik dan tetapkan halatuju kau. Ayunkan tangan kau sesedap rasa mengikut kiraan berdasarkan kelajuan angin, kelicinan track dan berat bola. Hasilnya akan membuahkan kegembiraan berselang riak pabila kesemua anak anak pokok tersebut tumbang tak setempat. Jika diamalkan selalu aktiviti riadah ini, mungkin kau akan jadi body builder yang terkenal suatu hari nanti Ahahahahahahaahahaha!