Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

Terkandung dibadan


Keluarga aku tak sebesar keluarga keluarga yang lain. Kami hanya ber empat saja. Diketuai oleh Abah (Anggota PGM), dibantu pula oleh Ibu (Askar Pencen muda), di ikuti pula oleh Aku ( Student Dip.) dan diakhiri oleh Adik (sekolah tak habis lagi). Sekarang, aku berjauhan dengan keluarga kerana institut aku berada nun jauh ke utara semenanjung. Disebabkan aku jauh, adik cuba mengambil kesempatan ke atas khazanah khazanah yang ada di dalam bilik kayangan aku. Setiap kali aku pulang ke rumah, mesti ada barang barang aku hilang. Bukan hilang ke mana, cuma bukan berada di tempat asal nya saja. Aku tak perlu buat report polis atau membuat aduan rakyat kerana barang barang tersebut sudah semestinya berada di dalam zoo amazon adik. Kalau aku tak bergaduh mulut, tak lengkap lah kepulangan aku ke rumah. Jiran jiran pun dah faham bila dengar konsert free dari ruang legar teres dua tingkat keluarga aku. Abah hanya tersenyum mendengar vokal aku yang tinggi, manakala ibu pula sibuk membisingkan telinga nya daripada mendengar pertelingkahan aku. Adik, terkial kial mencari alasan supaya aku dapat menyimpan kembali senapang patah aku yang antik itu. Tapi tak dapat dee jepp kau nak melepaskan diri selagi benjolan dikepala kau belum timbul. hahaha Dulu aku kerap bergaduh dengan adik tanpa sebab. Kini tidak lagi kerana aku sudah lali dengan perangai nya, cuma aku pantang bila dia cuba cuba memakai seluar dalam aku. Haish, tak cukup lagi ke ibu belikan kau spender diesel -.-' Adik.. adik.. Kau memang tak serik serik, ish.
Kita hanya berdua saja adik beradik kandung, lelaki pulak tu. Tapi tak apa, ibu dengan abah masih sayang kita. hahaha Dek kerana kita tak ada adik beradik perempuan, keluarga kita menjadi popular di kalangan keluar keluarga yang ada adik beradik perempuan. Ibu suka budak kecil yang tembam/gemuk. Abah pula suka bermanja manja dengan anak sedara dan cucu sedaranya. Adik suka menyakat, sebab tu dia digelar 'kepala ayam'. Dulu abah kerap menjentik telinga, sekarang tidak lagi kerana abah lebih kerap mencium rambut aku. hahaha Ibu pula, dulu selalu mengarah itu dan ini. Sekarang, dia dah ada perniagaan nya. Lalu, dibuang nya sikap mengarah ngarah itu kepada siakap 3 rasa. Adik? lagi la. Masa kecil kecil, suka main anak patung. Sekarang dah ditinggal kan nya permainan itu, dan kini tertumpu kepada dunia bundle. Aku saja yang maintain. Dulu kini dan selamanya, hahaha Sekian ~