Main Character

My photo
stereotypically characterized by the grotesque image.

Projek Mega

Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada Ibu kerana telah menamatkan perkhidmatannya selama 22 tahun di Rejimen Askar Wataniah (PUSWATAN Ipoh, Perak) ber pangkat kan Sarjan (3 jalur).
Muda muda lagi Ibu dah pencen, cepat betul masa berlalu. Aku pun belum kahwin lagi -.-

Memang tak dinafikan lagi, Ibu seorang yang gigih mencari rezeki. Walaupun beliau sudah pencen, itu bukan sebagai alasan nya untuk berehat dan bersenang lenang di rumah. Sekarang, Ibu telah pun menjalankan projek mega nya iaitu, membesarkan perniagaan Andak (abang kepada ibu) kepada kedai runcit dan warung kopi Pak Mail. Ibu dan Andak berkongsi perniagaan di mana pada sebelah pagi nya, Andak menjual nasi lemak 1.0 dan pada sebelah petang nya pulak, Ibu menjual roti canai rock and roll. Seperti warung warung yang lain, perniagaan di buka pada pukul 6.45am sehingga 1pm, dan diteruskan kembali pada pukul 3.45pm sehingga 7.15pm. Ini bukan warung biasa biasa punya, ini warung lain daripada yang lain Ahahahaha

kerja kerja membesarkan kedai telah pun bermula pada
12 OKTOBER 2011,
 *mesin membacuh simen.

 *dua orang pekerja Indon yang mempunyai permit sah






*Ibu memberikan taklimat 'keselamatan ketika bekerja' kepada pekerja nya.