Main Character
Aku bukanlah W
Mungkin meter minyak aku belum cukup full tank lagi, jadi aku gunakan jalanraya sebagai tempat aku buang sisa-sisa baki RON95 yang tinggal sebelum aku gunakan minyak yang lebih berkualiti iaitu RON97. Setelah aku jadi pengguna Shell yang tegar, kau akan tahu apa kelebihan yang aku ada pada jentera aku sendiri. Masa itu, kenderaan kau akan jauh tinggal ke belakang, dek jentera aku pulak terus memecut hingga tiada lagi jarum kuasa kuda aku berputar-putar. Lalu perlahan-lahan kau lepaskan pendikit minyak agar aku boleh sampai ke garisan penamat dengan catatan masa terpantas sekali. Dunia tidak lagi kenal dengan nama engkau, kerna aku adalah H yang baru!